Wednesday, May 18, 2011

Hari bersejarah kepada semua anggota U3K

Syukur kepada allah kerana kali ini U3K telah diberikan mandat dan pengitirafan oleh pihak felda malaysia, bertarikh pada 7.5.2011 U3K telah dikenali sebagai SWFM iaitu SKUAD WAJA FELDA MALAYSIA. Inilah saat paling dinantikan oleh semua anggota kerana selama ini kami bergerak tiada sokongan dari ketua masyarakat disini , tetapi oleh atas dasar perihatin pihak pengurusan felda sungai sayong yang diwakili oleh En Zainuddin membawa usul ini keperingkat wilayah agar mendaftar secara sah semua anggota U3K kepada SWFM. Dan hari yang dinantikan telah tiba maka dengan ini termaktublah secara sah SWFM sungai sayong yang dirasmikan oleh pihak felda malaysia.

Untuk makluman U3K bergerak selama ini tiada bantuan wang ringgit dari pihak atasan, kami bersepakat sesama anggota membuat tabung gerak kilat sendiri untuk menampung segala kos operasi seharian , kami menjaga keselamatan tidak kira waktu dan ketika, wang ringgit bukan penghalang tetapi semangat dan kewajipan serta tanggungjawap sendiri kepada kawasan penempatan , kita sebagai tuan rumah seharusnya menjaga rumah sendiri, kepada mereka yang kurang jelas tentang SWFM ini sertailah kami untuk mengetahui apa erti sebenar keiklasan dan ketabahan. KAMI SEKARANG DIKENALI SEBAGAI SWFM

1 comment:

  1. terima kasih kepada pihak yang terlibat menjayakan majlis perlancaran SWFM , sama ada secara langsung atau tidak.

    ReplyDelete