Tuesday, August 18, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak & Hari Kemerdekaan ke 52



Pada 31 hb ogos 2009 unit khas kawalan kampung (f) sg.sayong telah mengadakan
sambutan bulan kemerdekaan di dataran koperasi ( wakaf ukkk ) dengan dihadiri oleh
semua lapisan umur untuk memeriahkan majlis ini.

Dan ditempat yang sama telah diadakan majlis tahlil dan bacaan surah yassin yang diketuai
oleh ustaz ahmad sidi , para jemputan yang datang melebihi yang di jangka , syukur alhamdullilah kepada allah kerana semua majlis ini berjalan dengan lancar dan cuaca yang baik
diterangi bulan dan bintang.

Jutaan terima kasih kepada para penyumbang budiman yang ingin bersama-sama menjayakan
majlis ini. jasa baik anda semua kami semua tidak akan lupakan. Segala kerja-kerja persiapan
dilakukan oleh anggota ukkk sendiri dan orang kampung yang turut serta.

Terima kasih kepada pengurus En.Zainuddin bin Hj Bakar dan kakitangan felda yang turut serta
bersama , pengerusi koperasi En Tazri , Ketua pemuda En.Rosli , Tuan Hj Yussof ( SMJ ) , Setiausaha Rela En.Amiruddin dan angggota rela, Veteran perang pak deris , S.Sarjan Syukur, OCS dan kakitangan PDRM, dan ramai lagi para tetamu yang dikasihi bersama-sama menjayakan malam ambang merdeka 2009.

Peralatan system PA dijayakan oleh En.Saari bin hj samad , Camera man Cikgu Alias yang turut serta bersama di majlis ini. Berikut ada beberapa album gambar kenangan dimalam ambang merdeka 2009 dan sedikit sedutan clips.

Dan pada 1hb sept 2009 Diadakan lagi majlis berbuka puasa tahlil dan bacaan yassin ditempat
yang sama ( dataran koperasi ) wakaf UKKK .
Syukur alhamdulilah dan jutaan terima kasih kepada cikgu samad dan keluarga yang sudi menyumbangkan makanan dan minuman dimajlis yang dirahmati dan diberkati.

Majlis bacaan tahlil dan yassin diketuai oleh imam besar masjid jamek felda sungai sayong
yang dikasihi ustaz mohd.noh ( cikgu mat noh ) dan bilal masjid , seramai 40 orang yang hadir
termasuk ketua kampung, terima kasih juga diucapkan kepada restoran fahmi ( man kedah )
kerana menyumbangkan kuih-muih di majlis tersebut.



























Selamat menyambut bulan mulia Ramadhan al-Mubarak kini datang kembali , kami di UKKK mengucapkan selamat berpuasa kepada semua anggota UKKK yang bertugas dan juga kepada semua penduduk felda sungai sayong , semoga kita semua diberkati oleh allah sepanjang bulan yang mulia ini.

Bersama-sama kita mengerjakan solat tarawih beramai-ramai di masjid jamek felda sungai sayong , ini adalah bulan mulia mensucikan diri , rebutlah peluang kerana ia hanya datang setahun sekali.

Insyallah jika dipanjangkan usia dimurahkan rezeki , UKKK akan menganjurkan program membuat dodol di dataran koperasi oleh anggota UKKK sendiri.


Sesi Taklimat Khas Keselamatan Kampung oleh PDRM Anjuran UKKK


Pada 19hb ogos 2009 bertempat di balai raya felda sungai sayong berlansungnya
sesi taklimat khas keselamatan kampung dan perpaduan penjagaan keselamatan kampung telah di sampaikan oleh OCS SM LAJIS ( balai polis bkt.besar ).


Didalam perjumpaan ini semua wakil-wakil dan ketua telah dijemput hadir bersama-sama untuk
mendengar serta memberikan pendapat maklumbalas kepada ocs , diantara yang hadir ialah :-
  • ketua kampung
  • ketua umno caw
  • ketua block
  • Rela
  • Ahli UKKK
  • Wakil Ketua Post
  • Bekas Anggota PDRM
  • OCS
  • SMJ
  • Wakil Keselamatan SAJ Logi
  • Pengurus Felda
  • Kakitangan Felda
  • Ketua Rela Pasir Raja
  • Stf.Sarjan Syukur
Dan ramai lagi dengan kedatangan yang dicatat seramai 40 orang , Didalam perbincangan ini banyak soalan dan tunjuk ajar yang diajukan oleh wakil-wakil post dan rela . Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang hadir untuk menyemarakkan perpaduan keselamatan kampung . Sesi perjumpaan bermula jam 9.30mlm dan berakhir 12.00mlm. Jamuan makan dan minum ditaja oleh Ustaz Ahmad Sidi selaku penasihat dan pemerhati UKKK. Dan sesi perjumpaan ini akan dilakukan lagi untuk memantapkan mutu keselamatan dan kesedaran bagi penduduk felda.

Gambar-Gambar Sepanjang Sesi Taklimat
( klick pada gambar untuk zoom )









Dan secara rasminya UKKK telah diserap bawa BIRO SOSIAL JKK yang telah diumumkan oleh pengerusi UKKK En.Azman Bin Ahmad.



Terima Kasih Kepada Penyumbang Budiman

Pihak UKKK dan seluruh anggota mengucapkan Jutaan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang-peyumbang yang budiman mengambil berat serta ingin bersama membantu menjayakan serta merialisasikan , kami pihak pengurusan UKKK berdoa kepada allah semoga panjang umur dimurahkan rezeki dipermudahkan segala urusan kepada semua penyumbang, jasa baik anda semua kami tidak akan lupakan selagi hayat dikandung badan. berikut nama-nama mereka :-

1 . Tuan Haji Yusuf Bin Hj Samsuri ( SMJ )
2. En. Kamarul
3. En. Othman ( man kedah )
4. En.Pori ( mini market )
5. En. Shami ( pengurus kerepek )
6. En.Zali ( damai II )
7. En. Shami ( pengusaha kerepek )
8. Hj. Suratman dan isteri Hjh. Fatimah ( pulau )
9. Puan Yatimah bte Hj.Samsuri sekeluarga ( pulau )
10. Hj.Ahmad ( pulau )
11. Idris Bin Majid ( pulau )
12. Restoran Hamid & Ina
13. D'Mart (f) Sg.Sayong
14. Kedai Celcom
15. En.Moin sekeluarga
16. En. Saiful Bahri
17. En. Wahab ( mini market )
18. Cikgu Samad
19. Umno Caw & Pemuda (f) Sg.Sayong
20. JKKK (f) Sg.Sayong
21. Tn.Hj Jeman ( Pisang )
22. Amor Bengkel
23. Pengurus Felda
24. OCS & Anggota PDRM (f) Bkt.Besar.
25. Excom Creative
26. Ustaz .Ahmad Cidi.
27. Saari Bengkel
28. Salim lori
29. Perniagaan Intan Baru
30. Pengurus Buah Lerai (f) Bkt Besar ( Gendon)
31. Md.Noh Parang
32. En. Ismail Bin Deraman
33. En. Hassim ( Wak Jono )

Dan Banyak lagi penyumbang yang kami tidak sempat senaraikan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.

Sirih junjung sirih pinang
Sirih kami susun bertingkat
Adat dijunjung pusaka dikenang
Bangsa berbudi hidup muafakat

Sirih junjung sirih pinang
Sirih kuning diberi nama
Adat dijunjung pusaka dikenang
Hidup berbudi muafakat bersama

Sirih kuning sirih dara
Sirih tanya berserta cincin
Hidup beradat aman sejahtera
Budaya lama tetap terjamin

Sirih kuning diberi nama
Sirih tanya berserta cincin
Hidup berunding muafakat bersama
Bangsa mulia budaya dijamin


Pembinaan Dataran Koperasi Dan Pondok Bas

Terima kasih diucapkan kepada pengerusi koperasi (f) sg.sayong kerana telah memberi kerpercayaan kepada UKKK untuk melaksanankan tugas pembinaan dataran koperasi dan pondok bas serta membuat pondok kawalan utama UKKK , disamping itu juga membuat tempat riadah untuk warga emas.

Kerja-kerja pembinaan ini dibuat secara gotong-royong diantara anggota UKKK , tidak ketinggalan terima kasih kepada penyumbang budiman yang sudi membantu menjayakan pembinaan ini. Dan pihak pengurusan felda telah banyak membantu serta memberi panduan.

Projek Tanaman Kontan UKKK

Jutaaan terima kasih kepada pengurus felda En. Zainuddin Bin Hj.Bakar selaku penaung UKKK kerana memberi peluang untuk UKKK membuat projek tanaman kontan di tanah rizab felda , didalam melaksanankan projek program tanaman kontan ini terdiri dari pada 20 hingga 50 orang ahli UKKK telah terlibat untuk menjayakannya. Untuk sesi tanaman pertama ini pihak UKKK dan ajk biro ekonomi telah sebulat suara untuk menjalankan tanaman serai peha ayam.

kerja-kerja pembersihan dan membuang pokok-pokok telah dijalankan dengan rancak sekarang, segala kerja dilakukan secara bergotong-royong. segala kos dan pembelanjaan untuk projek ini adalah datang dari ahli UKKK yang menyertainya. Insyallah projek tanaman akan dilakukan pada bulan ramadhan ini.


( gambar tapak projek tanaman kontan UKKK )