Tuesday, December 7, 2010

Salam maal hijrah 1432, bersamaan 7 disember 2010




Assalamualaikum kepada semua anggota U3K

Semoga iman bertambah mantap, amalan bertambah, perjuangan menegakkan syiar Islam dimantapkan, seiring dengan peredaran zaman yang semakin mencabar ini.

Kalau ikut Tarikhnya ialah, 1 Muharam 1432, bersamaan hari selasa 7 Disember 2010, atau maghrib hari ini.

Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini. Ia merupakan satu permulaan untuk ke jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Jadikanlah hijrah yang sebenar seperti hijrah nabi kita yang kita sayangi Nabi Muhammad SAW. Amin.

Untuk itu juga, untuk makluman,

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan merasmikan Majlis Maal Hijarah peringakat kebangsaan Maal Hijrah 1432H/2010M, Dewan Plenari, Putrajaya International Convention Centre (PICC), esok hari selasa. Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut hadir.

Bertemakan tahun ini “1Malaysia 1Ummah” turut hadir juga, YAB DSPrime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri tidak lupa juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri-menteri kabinet dan jemputan tetamu luar negara.

Majlis ini mengikut jadual bermula pukul 8.30 pagi, apa yang difahamkan 79 kontinjen (tetamu jemputan) daripada badan kerajaan, dan swasta akan turut serta memeriahkan majlis ini. Sama-samalah kita memeriahkannya, insyallah.

Saturday, November 13, 2010

LAPORAN SEMASA

untuk makluman kepada semua penduduk felda sungai sayong bahawa U3K ( unit khas kawalan kampung ) tiada kena mengena dengan rela platun 243 , dan U3K bukan dibawah kelolaan rela platun 243 . jika ada pihak yang mendakwa U3K dibawah kelolaan rela ia adalah penipuan serta fitnah.

1 . U3K dibawah naungan felda sungai sayong yang diketuai En.Zainuddin selaku pengurus felda sungai sayong.

2 . Penasihat rasmi U3K ialah PDRM ( balai polis bukit besar ) yang diketuai oleh SM. Lajis.

3 . U3K dipantau sepenuhnya oleh pegawai KDN malaysia.

dan adalah bersalah jika ada pihak yang mengatakan bahawa semua kerja keselamatan felda sungai sayong dilakukan sepenuhnya oleh rela platun 243. kami berani mendedahkan pasukan rela platun 243 tidak membuat kerja keselamatan seperti yang telah diamanahkan. dimanakah semua anggota rela yang baru dilantik berada ketika kejadian rompakkan baru-baru ini?

perbandingan antara U3K dan Rela platun 243
===========================================
1 . U3K tiada peruntukan khas atau elaun menjaga keselamatan felda sungai sayong , manakala Rela ada mempunyai peruntukan atau elaun menjaga keselamatan melalui pemotongan setiap rumah di felda sungai sayong , oleh yang demikian kenapa yang telah diamanahkan dan telah diberikan elaun TIDAK MENJALANKAN TUGAS DAN AMANAH!

2 . Baru-baru ini ada desas-desus mengatakan akan mewujudkan satu lagi platun rela di sungai sayong. mengapa ia terjadi bergini ? ini membuktikan bahawa didalam platun 243 sememangnya mempunyai masaalah besar sesama anggotanya.

3 . sebagai makluman tuan dan puan kami U3K adalah mata-mata memantau keseluruhan kerja keselamatan RELA dan anggota berunifom yang lain disini. kami adalah satu badan bertindak bebas , seperti NGO yang terdapat diseluruh negara malaysia.

4 . jika anda ingin tahu siapanya menjadi tuan ataupun bos , jawapannya amat mudah , kerajaan tidak akan wujud sekiranya kita semua tiada. segala jenis cukai atau pun yang berkaitan dengannya , siapakah yang membayarnya? oleh yang demikian mereka yang berunifom sekiranya tidak menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka itu kita berhak bersuara. segala gaji mereka adalah KITA SENDIRI YANG MEMBAYAR, mereka bekerja dengan siapa ? KERAJAAN , dan KERAJAAN itu siapa? anda fikirkan sendiri.

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Merdeka ke 53

1 malaysia menjana tranfomasi

salam kepada semua penduduk felda sungai sayong , bulan kemerdekaan datang lagi bersama bulan mulia iaitu ramadhan , U3K mengucapkan salam 1 ramadhan dan salam kemerdekaan kepada semua.

apakah yang anda tahu erti kemerdekaan yang sebenar ?

apakah dengan membakar mercun dan bunga api itu tanda kemerdekaan malaysia?

apakah dengan membawa motorsikal secara merbahaya dan memerah tali minyak motorsikal itu tanda merdekanya negara malaysia?

apakah anda tahu kenapa laungan merdeka 3 kali dibuat dan maksudnya ?

apakah dengan tanda membuat hiburan ditepi pantai itu merdeka?

sebagai anak malaysia anda semestinya tahu apakah itu makna kemerdekaan sebenar.
marilah kita sedekahkan al-fatiha kepada pejuang-pejuang negara yang beragama islam.
mereka telah pergi buat selamanya , mereka telah mempertaruhkan nyawa sendiri demi negara yang tercinta untuk mencapai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dari penjajah.

Sunday, June 20, 2010

RM 1.00

setelah hampir 3 tahun pasukan ukkk ini bergerak tanpa bantuan wang ringgit untuk membuat rondaan harian , maka telah tiba masanya untuk pasukan ini meminta sedikit bantuan kepada semua penduduk sungai sayong untuk melancarkan kerja keselamatan kampung. RM 1.00 itu hanya untuk mengisi minyak bagi setiap anggota yang bertugas. kami telah membuktikan kepada semua penduduk kampung bahawa tugasan yang kami jalankan ini adalah PERCUMA!. Dan ukkk ini telah diiktiraf oleh PDRM bukit besar dan IPD kota tinggi yang telah beberapa kali membuat perjumpaan di bilik kawalan ukkk. Namun dalam pada masa yang sama tiada yang percuma didunia ini . Tugasan yang dilakukan ialah meronda dengan kenderaan sendiri dimana memerlukan bahan bakar. Dan perkara ini telah diajukan kepada OCS dan ketua block dimana kami harus membuat surat permohonan untuk pemotongan RM1.00 untuk setiap rumah disini. Kami sedar bahawa RELA ada juga membuat potongan namun apa yang berlaku sekarang DIMANAKAN RELA YANG TELAH DILANTIK YANG TELAH MENDAPATKAN KAD KUASA ? mereka tidak menjalankan tugas seperti ukkk yang tidak mempunyai insuran nyawa tiada mempunyai kad kuasa. Namun ukkk ini ada tanggungjawap mereka iaitu tidak kira siapa dan pangkat serta usia untuk menjaga keselamatan kampung sendiri.

KAMI UKKK menyeru agar kepada pihak yang bertanggungjawap menjalankan tugasan yang telah diamanahkan jangan hanya pandai mengisi borang RELA tetapi hanya pandai bercakap tanpa kerja dan tugasan diatas KATIL SAHAJA ( TIDUR ), Kenyataan ini adalah benar dan bukan palsu .Akan tetapi tidak semua RELA yang bergitu ada juga yang menjalankan tugasan mereka tetapi sampai bila? hampir setiap malam muka yang sama sahaja menjaga kampung , DIMANAKAH RELA YANG LAIN YANG BARU DILANTIK YANG BARU MENDAPATKAN PANGKAT ? ini semua anggkara PEROSAK yang telah berusaha menjahanamkan pasukan keselamatan kampung.

Kami menyeru kepada semua anggota ukkk agar menghentikan semua operasi keselamatan kampung kerana tidak mendapat pengiktirafan dari ketua kampung sendiri. Untuk apa membazir waktu dan tenaga menjaga keselamatan kampung mengadai nyawa sendiri untuk kepentingan dan keselamatan orang lain? KAMI BUKAN PASUKAN BERDAFTAR DIBAWAH BIRO KESELAMATAN KERAJAAN , TETAPI KAMI ADALAH ANAK JATI FELDA SUNGAI SAYONG YANG SENTIASA CINTAKAN KEAMANAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG SENDIRI.


untuk makluman semua , kami sekarang dikenali sebagai U3K dan telah diiktiraf kerja keselamatan oleh PDRM BKT BESAR , IPD KOTA TINGGI , PENGURUS FELDA SERTA KAKI TANGAN FELDA SERTA SEBAHAGIAN KETUA BLOCK .

KAMPUNG KITA TANGGUNGJAWAP SIAPA?