Wednesday, May 18, 2011

Hari bersejarah kepada semua anggota U3K

Syukur kepada allah kerana kali ini U3K telah diberikan mandat dan pengitirafan oleh pihak felda malaysia, bertarikh pada 7.5.2011 U3K telah dikenali sebagai SWFM iaitu SKUAD WAJA FELDA MALAYSIA. Inilah saat paling dinantikan oleh semua anggota kerana selama ini kami bergerak tiada sokongan dari ketua masyarakat disini , tetapi oleh atas dasar perihatin pihak pengurusan felda sungai sayong yang diwakili oleh En Zainuddin membawa usul ini keperingkat wilayah agar mendaftar secara sah semua anggota U3K kepada SWFM. Dan hari yang dinantikan telah tiba maka dengan ini termaktublah secara sah SWFM sungai sayong yang dirasmikan oleh pihak felda malaysia.

Untuk makluman U3K bergerak selama ini tiada bantuan wang ringgit dari pihak atasan, kami bersepakat sesama anggota membuat tabung gerak kilat sendiri untuk menampung segala kos operasi seharian , kami menjaga keselamatan tidak kira waktu dan ketika, wang ringgit bukan penghalang tetapi semangat dan kewajipan serta tanggungjawap sendiri kepada kawasan penempatan , kita sebagai tuan rumah seharusnya menjaga rumah sendiri, kepada mereka yang kurang jelas tentang SWFM ini sertailah kami untuk mengetahui apa erti sebenar keiklasan dan ketabahan. KAMI SEKARANG DIKENALI SEBAGAI SWFM

Tuesday, December 7, 2010

Salam maal hijrah 1432, bersamaan 7 disember 2010




Assalamualaikum kepada semua anggota U3K

Semoga iman bertambah mantap, amalan bertambah, perjuangan menegakkan syiar Islam dimantapkan, seiring dengan peredaran zaman yang semakin mencabar ini.

Kalau ikut Tarikhnya ialah, 1 Muharam 1432, bersamaan hari selasa 7 Disember 2010, atau maghrib hari ini.

Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini. Ia merupakan satu permulaan untuk ke jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Jadikanlah hijrah yang sebenar seperti hijrah nabi kita yang kita sayangi Nabi Muhammad SAW. Amin.

Untuk itu juga, untuk makluman,

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan merasmikan Majlis Maal Hijarah peringakat kebangsaan Maal Hijrah 1432H/2010M, Dewan Plenari, Putrajaya International Convention Centre (PICC), esok hari selasa. Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut hadir.

Bertemakan tahun ini “1Malaysia 1Ummah” turut hadir juga, YAB DSPrime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri tidak lupa juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri-menteri kabinet dan jemputan tetamu luar negara.

Majlis ini mengikut jadual bermula pukul 8.30 pagi, apa yang difahamkan 79 kontinjen (tetamu jemputan) daripada badan kerajaan, dan swasta akan turut serta memeriahkan majlis ini. Sama-samalah kita memeriahkannya, insyallah.