Sunday, June 20, 2010

RM 1.00

setelah hampir 3 tahun pasukan ukkk ini bergerak tanpa bantuan wang ringgit untuk membuat rondaan harian , maka telah tiba masanya untuk pasukan ini meminta sedikit bantuan kepada semua penduduk sungai sayong untuk melancarkan kerja keselamatan kampung. RM 1.00 itu hanya untuk mengisi minyak bagi setiap anggota yang bertugas. kami telah membuktikan kepada semua penduduk kampung bahawa tugasan yang kami jalankan ini adalah PERCUMA!. Dan ukkk ini telah diiktiraf oleh PDRM bukit besar dan IPD kota tinggi yang telah beberapa kali membuat perjumpaan di bilik kawalan ukkk. Namun dalam pada masa yang sama tiada yang percuma didunia ini . Tugasan yang dilakukan ialah meronda dengan kenderaan sendiri dimana memerlukan bahan bakar. Dan perkara ini telah diajukan kepada OCS dan ketua block dimana kami harus membuat surat permohonan untuk pemotongan RM1.00 untuk setiap rumah disini. Kami sedar bahawa RELA ada juga membuat potongan namun apa yang berlaku sekarang DIMANAKAN RELA YANG TELAH DILANTIK YANG TELAH MENDAPATKAN KAD KUASA ? mereka tidak menjalankan tugas seperti ukkk yang tidak mempunyai insuran nyawa tiada mempunyai kad kuasa. Namun ukkk ini ada tanggungjawap mereka iaitu tidak kira siapa dan pangkat serta usia untuk menjaga keselamatan kampung sendiri.

KAMI UKKK menyeru agar kepada pihak yang bertanggungjawap menjalankan tugasan yang telah diamanahkan jangan hanya pandai mengisi borang RELA tetapi hanya pandai bercakap tanpa kerja dan tugasan diatas KATIL SAHAJA ( TIDUR ), Kenyataan ini adalah benar dan bukan palsu .Akan tetapi tidak semua RELA yang bergitu ada juga yang menjalankan tugasan mereka tetapi sampai bila? hampir setiap malam muka yang sama sahaja menjaga kampung , DIMANAKAH RELA YANG LAIN YANG BARU DILANTIK YANG BARU MENDAPATKAN PANGKAT ? ini semua anggkara PEROSAK yang telah berusaha menjahanamkan pasukan keselamatan kampung.

Kami menyeru kepada semua anggota ukkk agar menghentikan semua operasi keselamatan kampung kerana tidak mendapat pengiktirafan dari ketua kampung sendiri. Untuk apa membazir waktu dan tenaga menjaga keselamatan kampung mengadai nyawa sendiri untuk kepentingan dan keselamatan orang lain? KAMI BUKAN PASUKAN BERDAFTAR DIBAWAH BIRO KESELAMATAN KERAJAAN , TETAPI KAMI ADALAH ANAK JATI FELDA SUNGAI SAYONG YANG SENTIASA CINTAKAN KEAMANAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG SENDIRI.


untuk makluman semua , kami sekarang dikenali sebagai U3K dan telah diiktiraf kerja keselamatan oleh PDRM BKT BESAR , IPD KOTA TINGGI , PENGURUS FELDA SERTA KAKI TANGAN FELDA SERTA SEBAHAGIAN KETUA BLOCK .

KAMPUNG KITA TANGGUNGJAWAP SIAPA?