Saturday, November 21, 2009

Projek BSN

Syukur alhamdulilah dengan kurnia dan limpah rezeki dari allah , UKKK telah diberi satu lagi tanggungjawab dan kepercayaan untuk kerja pengubah suaian BANK BSN CAW. FELDA SG.SAYONG. Semua kerja-kerja ini dibuat oleh anggota UKKK sendiri dan dibantu oleh pekerja mahir. Inilah perbezaan UKKK diantara RELA dan SRS serta RT .

Pemaju JKKR . sungai sayong kulaijaya johor , pemborong kerja UKKK , dengan nilai 48K , projek ini bermula pada 20.10.2009 dan tarikh siap pada 19.11.2009.

Diatas rasa inginkan pembaharuan generasi kedua serta keceriaan kampung , pihak UKKK telah berbincang dengan pihak pengurusan felda JKKR dan telah mendapat persetujuaan untuk melaksanakan satu lagi projek keceriaan felda dikawasan BSN .

Sebelum itu kami telah membina dataran koperasi wakaf UKKK di hadapan BSN , dan akan diteruskan dengan satu lagi pusat perniagaan untuk orang melayu khasnya. Dan pihak UKKK akan membuat lagi perubahan keindahan felda ini dengan pembinaan gerai berwajah baru dan hentian bas baru. Kami UKKK bukan sahaja menjaga keselamatan seluruh felda sungai sayong malah akan cuba mengubah bentuk keadaan kecerian dikawasan ini. Dimana unsur landskap pertanian , taman permainan , zon wifi yang akan dibawah oleh generasi ke 2 dan ke 3 .

kami UKKK ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang , pihak pengurusan felda dan JKKR serta semua yang terlibat sama didalam usaha untuk menaik taraf keindahan dan keceriaan di felda sungai sayong.

Dibawah ini adalah gambar-gambar ditapak projek :-