Saturday, November 13, 2010

LAPORAN SEMASA

untuk makluman kepada semua penduduk felda sungai sayong bahawa U3K ( unit khas kawalan kampung ) tiada kena mengena dengan rela platun 243 , dan U3K bukan dibawah kelolaan rela platun 243 . jika ada pihak yang mendakwa U3K dibawah kelolaan rela ia adalah penipuan serta fitnah.

1 . U3K dibawah naungan felda sungai sayong yang diketuai En.Zainuddin selaku pengurus felda sungai sayong.

2 . Penasihat rasmi U3K ialah PDRM ( balai polis bukit besar ) yang diketuai oleh SM. Lajis.

3 . U3K dipantau sepenuhnya oleh pegawai KDN malaysia.

dan adalah bersalah jika ada pihak yang mengatakan bahawa semua kerja keselamatan felda sungai sayong dilakukan sepenuhnya oleh rela platun 243. kami berani mendedahkan pasukan rela platun 243 tidak membuat kerja keselamatan seperti yang telah diamanahkan. dimanakah semua anggota rela yang baru dilantik berada ketika kejadian rompakkan baru-baru ini?

perbandingan antara U3K dan Rela platun 243
===========================================
1 . U3K tiada peruntukan khas atau elaun menjaga keselamatan felda sungai sayong , manakala Rela ada mempunyai peruntukan atau elaun menjaga keselamatan melalui pemotongan setiap rumah di felda sungai sayong , oleh yang demikian kenapa yang telah diamanahkan dan telah diberikan elaun TIDAK MENJALANKAN TUGAS DAN AMANAH!

2 . Baru-baru ini ada desas-desus mengatakan akan mewujudkan satu lagi platun rela di sungai sayong. mengapa ia terjadi bergini ? ini membuktikan bahawa didalam platun 243 sememangnya mempunyai masaalah besar sesama anggotanya.

3 . sebagai makluman tuan dan puan kami U3K adalah mata-mata memantau keseluruhan kerja keselamatan RELA dan anggota berunifom yang lain disini. kami adalah satu badan bertindak bebas , seperti NGO yang terdapat diseluruh negara malaysia.

4 . jika anda ingin tahu siapanya menjadi tuan ataupun bos , jawapannya amat mudah , kerajaan tidak akan wujud sekiranya kita semua tiada. segala jenis cukai atau pun yang berkaitan dengannya , siapakah yang membayarnya? oleh yang demikian mereka yang berunifom sekiranya tidak menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka itu kita berhak bersuara. segala gaji mereka adalah KITA SENDIRI YANG MEMBAYAR, mereka bekerja dengan siapa ? KERAJAAN , dan KERAJAAN itu siapa? anda fikirkan sendiri.