Tuesday, August 18, 2009

Projek Tanaman Kontan UKKK

Jutaaan terima kasih kepada pengurus felda En. Zainuddin Bin Hj.Bakar selaku penaung UKKK kerana memberi peluang untuk UKKK membuat projek tanaman kontan di tanah rizab felda , didalam melaksanankan projek program tanaman kontan ini terdiri dari pada 20 hingga 50 orang ahli UKKK telah terlibat untuk menjayakannya. Untuk sesi tanaman pertama ini pihak UKKK dan ajk biro ekonomi telah sebulat suara untuk menjalankan tanaman serai peha ayam.

kerja-kerja pembersihan dan membuang pokok-pokok telah dijalankan dengan rancak sekarang, segala kerja dilakukan secara bergotong-royong. segala kos dan pembelanjaan untuk projek ini adalah datang dari ahli UKKK yang menyertainya. Insyallah projek tanaman akan dilakukan pada bulan ramadhan ini.


( gambar tapak projek tanaman kontan UKKK )

No comments:

Post a Comment